CIRI-CIRI TAMADUN INDUS
Tinggalan tempat mandi awam (The Great Bath)
Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkanbangunan pentadbiran , tempat mandi awam yang
digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan ,dan tempat penyimpanan
hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri danpembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar disusun
berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan
oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu
sama lain.Setaip bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Selain jalan raya,bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Tinggalan bandar terancang tamadun Indus
Tinggalan rumah di tepi jalan dalam tamadun Indus
Tamadun
Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang
organisasi sosialnya.Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah
Indus terbahagi kepada duagolongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.Golongan atasan terdiri daripada pendetadan pedangang.Kelas atasan utama ialah pendeta.Para pendeta mempunyai kuasa danpengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatankeagamaan.Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankanaktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihakberkuasa.Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan.
Susun lapis masyarakat tamadun Indus
Masyarakat
di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas
terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah manjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan
pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara
kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan
masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.Contoh hasil perdagangan
termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula
menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan
seperti barli, kacang, dan sebagainya. Selain mencari pertani dan
perdanagang, ada ahli masyarakat yang menjadi artisan. mereka terlibat
dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
Masyarakat
tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama. Ini
dibuktikan dengan pernemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur
keagamaan. Antara penemuan penting ialah sebuah patung yang dirujik
sebagai patung proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat
penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu
kemudiannya. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya
kepada Tuhan Ibu. Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada
kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini
turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamin, Asia Kecil,
Syria dan Palestin.
Masyarakat
tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk
piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus
masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
Tulisan pada mohor yang dijumpai di tapak arkeologi tamadun Indus
No comments:
Post a Comment