Sunday, 29 July 2012

Latihan Bab 1

1. Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian
antara manusia dengan alam sekeliling. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan
mereka menjalani kehidupan harian.
Mengapakah manusia memilih lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal?

i. kesuburan tanah
ii. kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan
iii . kemudahan pengangkutan dan perhubungan

2. Senaraikan tamadun awal manusia yang berkembang di lembah sungai.

i. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates
ii. Tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil
iii. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus
iv. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

3. Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali dengan Mesopotamia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Mesopotamia?

Tanah di antara dua sungai (Sungai Tigris dan Sungai Euphrates)

4. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Nyatakan
kawasan utama di setiap negara kota.

i. pusat kota
ii. luar kota
iii. pelabuhan

Video Clip tentang Tamadun Huang Ho


Video Clip tentang Tamadun Indus


Video Clip tentang Tamadun Mesir Purba


Video clip tentang Tamadun Mesopotamia


Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Huang Ho

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO



Ciri-ciri

Pembentukan Bandar

Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.

Gambar-gambar Hwang Ho




Pembentukan Kerajaan


(Bahagian Biru ialah Dinasti Zhou)

Pembentukan Kerajaan

Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.

Wujudnya Organisasi Sosial

Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang.

(Tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah liat)
(Jed-jed yang digunakan untuk perhiasan)
(Senjata-senjata yang dibuat daripada gangsa)

Perkembangan Teknologi

Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.

Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan “Tuan Tanah” dan bangsawan pula merupakan “Penyewa Tanah”. Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.

Wujudnya Kepercayaan

Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya.





(Tulisan bentuk gambar)


(Tulisan ditulis di atas buluh)

Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

Saturday, 28 July 2012

Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota. Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
Negara Kota
  • Biasanya keluasan sesebuah negara
    kota lebih kurang 1000 batu persegi. Contohny, keluasan kota
    Lagash adalah lebih kurang 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30000 hingga 35000 orang.
  • Setiap negara
    kota ini merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri. Negara-negara
    kota ini hanya akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.
       Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya. Antara jalan perhubung utama termasuklah jalan yang memhubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.
      Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur. Masyarakat kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan orang bangsawan. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang. Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.
      Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah. Sistem pemerintahan beraja di
Mesopotamia berbentuk teokrasi. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad.
Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam’. Raja juga menjadi ketua pentadbiran;keyua tentera,dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
        Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa menlantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat serta menenyukan bentuk pentadbirannya.Ini adalah kerana ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat,pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara.Di samping itu,beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah,cukai,hasil pertanian dan perniagaan.Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.
Lakaran zigurat
Lakaran menunjukkan binaan zigurat
 Pelan kedudukan zigurat
Pelan kedudukan zigurat di dalam kota Ur
            Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian.Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekejaan sebagai petani untuk menjadi peniaga,pedagang dan artisan.Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus.Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah.Oleh itu,barangan seperti logam,kayu-kayanemas,dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.Selain itu,terdapat pengusaha atau pembuat tekstil,barang tembikar,dan alat keperluan harian.Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak.Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musnah.
        Dalam proses pembentukan tamadun ini,ilmu pengeyahuan juga turut berkembang.Ini telah membawa kepada kewujudan system tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar.Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu bahan untuk membuat kertas belum wujd di Mesopotamia.Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.
Tulisan cuneiform