Sunday 29 July 2012

Latihan Bab 1

1. Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian
antara manusia dengan alam sekeliling. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan
mereka menjalani kehidupan harian.
Mengapakah manusia memilih lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal?

i. kesuburan tanah
ii. kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan
iii . kemudahan pengangkutan dan perhubungan

2. Senaraikan tamadun awal manusia yang berkembang di lembah sungai.

i. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates
ii. Tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil
iii. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus
iv. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

3. Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali dengan Mesopotamia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Mesopotamia?

Tanah di antara dua sungai (Sungai Tigris dan Sungai Euphrates)

4. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Nyatakan
kawasan utama di setiap negara kota.

i. pusat kota
ii. luar kota
iii. pelabuhan

Video Clip tentang Tamadun Huang Ho


Video Clip tentang Tamadun Indus


Video Clip tentang Tamadun Mesir Purba


Video clip tentang Tamadun Mesopotamia


Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Huang Ho

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO



Ciri-ciri

Pembentukan Bandar

Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.

Gambar-gambar Hwang Ho




Pembentukan Kerajaan


(Bahagian Biru ialah Dinasti Zhou)

Pembentukan Kerajaan

Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.

Wujudnya Organisasi Sosial

Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang.

(Tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah liat)
(Jed-jed yang digunakan untuk perhiasan)
(Senjata-senjata yang dibuat daripada gangsa)

Perkembangan Teknologi

Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.

Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan “Tuan Tanah” dan bangsawan pula merupakan “Penyewa Tanah”. Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.

Wujudnya Kepercayaan

Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya.





(Tulisan bentuk gambar)


(Tulisan ditulis di atas buluh)

Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

Saturday 28 July 2012

Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota. Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
Negara Kota
  • Biasanya keluasan sesebuah negara
    kota lebih kurang 1000 batu persegi. Contohny, keluasan kota
    Lagash adalah lebih kurang 1800 batu persegi dan penduduknya berjumlah antara 30000 hingga 35000 orang.
  • Setiap negara
    kota ini merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri. Negara-negara
    kota ini hanya akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.
       Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya. Antara jalan perhubung utama termasuklah jalan yang memhubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.
      Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur. Masyarakat kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan orang bangsawan. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang. Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.
      Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah. Sistem pemerintahan beraja di
Mesopotamia berbentuk teokrasi. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad.
Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam’. Raja juga menjadi ketua pentadbiran;keyua tentera,dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
        Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa menlantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat serta menenyukan bentuk pentadbirannya.Ini adalah kerana ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat,pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara.Di samping itu,beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah,cukai,hasil pertanian dan perniagaan.Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.
Lakaran zigurat
Lakaran menunjukkan binaan zigurat
 Pelan kedudukan zigurat
Pelan kedudukan zigurat di dalam kota Ur
            Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian.Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekejaan sebagai petani untuk menjadi peniaga,pedagang dan artisan.Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus.Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah.Oleh itu,barangan seperti logam,kayu-kayanemas,dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.Selain itu,terdapat pengusaha atau pembuat tekstil,barang tembikar,dan alat keperluan harian.Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak.Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musnah.
        Dalam proses pembentukan tamadun ini,ilmu pengeyahuan juga turut berkembang.Ini telah membawa kepada kewujudan system tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar.Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu bahan untuk membuat kertas belum wujd di Mesopotamia.Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.
Tulisan cuneiform

Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Indus

 CIRI-CIRI TAMADUN INDUS

 
                   Tinggalan tempat mandi awam (The Great Bath)
Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkanbangunan pentadbiran , tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan ,dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri danpembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.Setaip bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.Selain jalan raya,bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
                     Tinggalan bandar terancang tamadun Indus
                         Tinggalan rumah di tepi jalan dalam tamadun Indus
Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada duagolongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.Golongan atasan terdiri daripada pendetadan pedangang.Kelas atasan utama ialah pendeta.Para pendeta mempunyai kuasa danpengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatankeagamaan.Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankanaktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihakberkuasa.Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan. 
                  Susun lapis masyarakat tamadun Indus
Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah manjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. Selain mencari pertani dan perdanagang, ada ahli masyarakat yang menjadi artisan. mereka terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
 Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan pernemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur keagamaan. Antara penemuan penting ialah sebuah patung yang dirujik sebagai patung proto-Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu kemudiannya. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu. Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamin, Asia Kecil, Syria dan Palestin.
Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
               Tulisan pada mohor yang dijumpai di tapak arkeologi tamadun Indus

Info Extra tentang Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

Apabila Firaun Menes (3200 S.M.) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil. Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes. Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos. Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran, dan juga pelabuhan penting bagi tmadun ini. Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
social_pyramid
Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun ( raja Mesir ) diwarisi secara turun-temurun. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Tetapi semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan. Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis. Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan. Lapisan yang terkebawah ialah hamba.
Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja, iaitu firaun. 

  •  Firaun
Ketua kerajaan Mesir Purba dipanggil firaun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu pharaoh yag bererti rumah yang agung. Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta. Rumah yang agung ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah, iaitu firaun.
Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus, dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat, dan jusga gabenr yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
hatshepsut
Tamadun Mesir Purba telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut. Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi. Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba. Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju. Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas. Antara emas di kawasan Nubia. Pengangkutan di air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.
  • Politeisme ialah kepercayaan kepada banyak tuhan.
Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti
re41
Re ( Tuhan Matahari ),
ra_atum
Ra-Atum ( Tuhan Langit ), dan
amun
Amun ( Tuhan Angin ).
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati .
4_FAYOUM_461
Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Penemuan Makam Tutankhamun II
Pada tahun 1922 seluruh dunia telah gempar apabila sebuah makam diraja yang amat mashyur, iaitu Makam Tutankhamun II ditemui oleh pengkaji Mesir Purba, Howard Carter. Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha menggali cari di lembah yang dikenali sebagai Lembah Raja di Thebes dijalankan. Mayat Tutankhamun ini diselaputi emas yang beratnya lebih kurang 11 kilogram. Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.
Hieroglyphs
Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Video Clip tentang Tamadun Awal.


Wednesday 25 July 2012

Nota ringkas tentang Bab1-KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

( 1 ) Zaman Prasejarah

a ) Apakah Zaman Prasejarah.

1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .
2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .
3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .

b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .

1. Hidup secara nomad – berpindah randah .
2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .
3. Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni

c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .

1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan tembikar .
4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

d) Ciri – ciri Zaman Logam.

1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula meneroka laut.
4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.

(2) Tamadun Manusia

a) Apakah makna tamadun.

1. Tamadun bererti peradaban.
2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran.
5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.
6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.

b) Ciri – ciri tamadun.

1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.

(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.

1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.

(3) Tamadun Mesopotamia

(a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia.

1. Tamadun paling awal.
2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.

b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku.

1. Bermula daripada zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(c) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.

1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :
  • Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
  • Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
  • Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
  • Pusat kota – ialah rumah ibadat.
  • Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
  • Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.
2. Organisasi sosial :
  • Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
  • Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
  • Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .
3. Sistem pemerintahan :
  • Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
  • Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
  • Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
  • Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
  • Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
  • Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
  • Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .
4. Pengkhususan kerja :
  • Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
  • Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
  • Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
  • Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
  • Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
  • Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
  • Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .
5. Sistem Tulisan :
  • Ia bermula dalam bentuk gambar .
  • Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
  • Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia .

1. Kod Undang –undang Hammurabi :
  • Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
  • Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
  • Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
  • Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
  • Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
  • Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan :
  • Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
  • Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
3. Ilmu pengetahuan :
  • Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
  • Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
  • Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
  • Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
4. Pengangkutan :
  • Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
  • Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
5. Seni bina :
  • Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
  • Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
  • Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .
6. Empayar pertama dunia :
  • Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
  • Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan diraja :
  • Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

( 4 ) Tamadun Mesir Purba

a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba .

1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .
2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .
3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan .

b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku.

1. Bermula daripada zaman Neolitik .
2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .
4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.

c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.

1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .
2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan .
3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .
4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .
   
d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 

1. Pusat pentadbiran Firaun :
  • Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
  • Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
  • Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

2. Organisasi masyarakat.


  • Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
  • Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis .
  • Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
  • Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :

  • Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
  • Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
  • Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
  • Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan).
  • Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
  • Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :

  • Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
  • Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
  • Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama

  • Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
  • Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan

  • Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
  • Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
  • Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba.

1. Seni bina
  • Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
  • Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.
2. Kertas :
  • Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
  • Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata.
3. Tulisan :
  • Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
  • Tulisannya amat halus, cantik dan seni.
4. Pendidikan:
  • Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
  • Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
  • Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.
5. Ilmu perubatan :
  • Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
  • Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
  • Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.
6. Ilmu Matematik :
  • Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
  • Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
  • Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan .
  • Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun .

( 5 ) Tamadun Indus .

a ) Dimanakah lokasi tamadun Indus

1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).
2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .
3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .
4. Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .

b ) Bilakah tamadun Indus berlaku .

1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.
2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .

c ) Proses pembentukan tamadun Indus .

1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.
2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.
3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.

d ) Ciri –ciri tamadun Indus .

1. Bandar terancang :
  • Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  1. Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
  2. Bahagian kedua – kawasan perumahan.
  • Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
  • Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
  • Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
  • Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
2. Organisasi sosial :
  • Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
  • Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
  • Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
  • Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
  • Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
  • Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
  • Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.
3. Pengkhususan pekerjaan :
  • Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
  • Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
  • Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
  • Petani menanam barli dan kacang.
  • Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.
4. Amalan agama :
  • Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
  • Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.
5. Sistem tulisan :
  • Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

e) Apakah sumbangan tamadun Indus.

1. Perancangan Bandar :
  • Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
  • Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
  • Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.
2. Sifat keterbukaan :
  • Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
  • Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.

(6) Tamadun Hwang Ho

a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho

1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)
2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir.

b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.

1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).
2. Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak.
3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).
4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.
2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.
3. Mereka bertani, menternak dan berburu.
4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.
5. Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.
6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.

d) Ciri – ciri tamadun Hwang Ho.

1. Negara Kota :
  • Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.
  • Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
  • Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini.
  • Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani.
2. Organisasi sosial :
  • Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar
  • Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).
  • Lapisan paling bawah – hamba.
3.Pengkhususan pekerjaan :
  • Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.
  • Petani memenuhi keperluan golongan atasan.
  • Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
  • Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.
4) Sistem pemerintahan Dinasti Shang :
  • Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
  • Raja berkuasa di pusat pentadbiran.
  • Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
  • Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang.
  • Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao :
  • Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah.
  • Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
  • Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
  • Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
  • Pembesar ini juga menjadi ketua agama.
6. Keagamaan :
  • Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
  • Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
  • Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
  • Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
  • Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.
7. Sistem Tulisan :
  • Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
  • Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.

e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho.

1. Pemerintahan Monarki :
  • Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.
  • Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
  • Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.
2. Kemajuan pertanian :
  • Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
  • Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
  • Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
  • Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.
3. Kemajuan tulisan :
  • Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan.
  • Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.
4. Kepercayaan :
  • Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
  • Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini.
5. Sistem kelendar :
  • Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
  • Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
  • Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.
6. Falsafah perang Sun Tzu :
  • Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.
  • Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan